Friday, August 21, 2015

Breasfeeding 101.

Assalammualaikum wbt...

Anda expecting mommy?
Tiada perasaan atau sedang confuse apa yang perlu  atau should rasa disaat2 terakhir?
Tak sure Anda sudah ready atau belom ready or buat2 ready?

Don't worry..saya pun semasa mengandung kan Nusaibah dan Nusrah pun saya sering ada perasaan camtu. Lagi2 bila ada aktiviti baru yang perlu anda lakukan sebagai seorang ibu,yakni breastfeeding.

InshaAllah entry kali ni saya share tentang apa perlu mommy rasa, prepare,buat semasa breastfeed bayi comel 

1) Sebelum kelahiran
  • Disarankan untuk menarik pu*ing *e*ek anda ketika mandi utk mengelakkan inverted nipple.Dengan kata manis, sila urut nipple agar berbentuk dan tidak tenggelam utk memudahkan proses breastfeeding..
  • Hadir kelas penyusuan (ada yg free dan terbayar) kalau mempunyai masa terluang utk pelajari dgn details.
  • Beli set pump (sekiranya Anda ibu bekerja dan turut digalakkan bg suri rumah agar anak tidak terlampau melekap dan membataskan pergerakan aka aktiviti kelas masuk dll kita).
2)Sewaktu kelahiran
  • Request doctor utk skin to skin session (kalau hospital kerajaan Mmg satu Dr prosedur mereka kerana sessi ini akan initiate deria dan kelenjar sebagai ransangan pertama ,hantar ke otak utk bg isyarat utk penghasilan proses.

                                                           Skin to Skin Session
  • Sekiranya didapati bayi sukar utk diam setelah menangis.,selalunya bidan akan letak baby atas dada dan subhanallah .saya masih ingat Nusaibah terus hisap dengan jaya . Doktor kata ia adalah satu tidak balas.

3)Selepas kelahiran (1minggu pertama)

  • Hari pertama hingga ke7 merupakan detik kritikal.kerana badan mommy baru hendak menyesuaikan diri dengan baby dan masih dalam fasa pemulihan. Bagi yang menghadiri kelas penyusuan tempoh inilah mommy akan apply apa yang telah dipelajari.
  • Antara tips yang boleh saya syiorkan.pastikan mulut baby berbentuk fish mouth dan tangan ibu berbentuk C dan jgn tutup hidung baby. Sekiranya salah pelekapan baby puting Anda akan crack dan luka sehingga berdarah.(saya pernah alaminya dan utk sembuh Dr Lula itu..jgn bg baby hisap bahagian itu dan titik kan susu ibu (susu anda sendiri) di kawasan yg mereka.
  • Jangan putus asa sekiranya hanya angin yang keluar dan bukan susu.

Ini kerana penghasilan susu ibu adalah dari nutrisi dan pemakan ibu..
Ternyata pada fasa minggu pertama akan sikit horror dan kecelaruan stress kerana mommy masih dalam fasa penyesuaian.

  • Teruskan pump dan kerap beri baby minum kerana ini akan meransang saraf pituari dimana otak akan menghantar message susu perlu dihasilkan.Dengan kata lain demand bnyak..supply pon akan banyak.Lebih 2 lagi jika baby ada demam kuning.

4)Selepas kelahiran (sepanjang tempoh pantang)
  • Tips saya..kerapkan waktu feeding I.e every 1@2hour..atau bile baby seperti lapar. Jangan risau kalau susu tak cukup kerana perut bayi hanya kecil.
  • Mulakan pump utk kumpul aka buat stok bg mommy yg bekerja.I.e 2@3 minggu sebelum start kerja.
  • Perkenalkan botol n puting susu utk membiasakan baby dengan botol kerana mommy perlu kembali kerja.



5) Sekembali ke alam pekerjaan hingga 2 tahun.
  • Di tempat kerja..pump setiap 3 jam.tetapkan waktu pump agar susu akan terhasil sendiri tanpa ransangan pada sela masa itu .Cth: Jam 8am- jam 11am-jam 2pm dan jam 5pm.
  • Teruskan pump walaupon hanya angin yg keluar
  • Amalkan power pumping (pump 10min dan rehat 10min)
  • makan makanan yang berkhasiat kerana baby kita mengharapkan zat Dr pemakanan kita. antara set menyusu yang disyiorkan kerana tinggi nutrisi plus milk booster..
Antara Set Milk booster yang disyiorkan :)

Set A,B and C

                                                                         Set D


Sekiranya anda perlukan rakan menyusu untuk bertanya mengenai breastfeeding/melahirkan /shaklee..

Ini no saya 0125836446

0 comments:

Post a Comment